Friday, 18 November 2011

INTI PATI PERJUANGAN HPA

Ahli HPA harus memastikan 3 perkara terlaksana dalam perjuangan kita:-

1. Menjadi contoh yang terbaik dan berwibawa dari segi upaya pengembangan perniagaan yang halal kepada masyarakat keseluruhannya berteraskan MLM Syariah. Kita bertanggungjawab membangunkan dan melaksanakan model ekonomi Islam agar dapat menjadi alternatif utama umat Islam dan manusia keseluruhannya.
Sesungguhnya Allah tidak bertanya tentang setiap kejayaan yang kita capai, sebaliknya Allah bertanya apakah kita benar-benar melaksanakan tanggungjawab kita itu mengikut lunas-lunas dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt.
2. Mengambil posisi yang sentral dalam hubungan perdagangan dan perhubungan sesama umat. Dalam hal ini, selain memberikan keuntungan kepada diri sendiri, juga mendatangkan kehormatan kepada diri kita. Dalam zaman yang berkecamuk dengan persengketaan sesama sendiri, ahli HPA seharusnya memainkan peranan sebagai pemelihara kedamaian dan menjadi penyelamat kepada keruntuhan umat khususnya dari segi ekonomi dan sosial. Dalam situasi masyarakat hari ini yang cenderung untuk memutuskan hubungan silatur rahim kita ahli HPA berperanan sebagai penyambung silatur rahim
3. mengelakkan permusuhan dan hasad dengki sesama sendiri agar usaha dan matlamat kita untuk membangunkan kesejahteraan umat tercapai. Persengketaan sesama sendiri akan membantutkan usaha murni kita malah menjauhkan diri kita daripada mendapat rahmat dan redha Allah swt.

Justeru, untuk mencapai hasrat ini kita wajib patuh kepada perintah Allah dalam urusan bermuamalah, menjadi usahawan yang jujur (as siddiq) dan amanah yang dikasihi Allah swt.
Dalam perdagangan, kita bukan sekadar mencari kekayaan material tetapi juga mencari kehormatan, membina kepemimpinan yang baik dan mendapat kemuliaan dari Allah swt. Perdagangan itu adalah dakwah Islamiyyah dan pedagang itu sebenarnya adalah dai'. Kita adalah penjaga agama Allah. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.
Marilah kita bergerak melangkah ke seluruh pelusuk tempat tanpa merasa takut akan bahaya. 

Yahudi itu menjadi musuh kepada umat Islam selamanya, ingatlah satu pesanan Bahira kepada Abu Talib tatkala menyedari bahawa Muhammad yang masih kanak-kanak itu adalah bakal seorang nabi,
"kembalilah ke negerimu bersama ank saudaramu itu dan jagalah ia dari orang Yahudi. Sebab, demi Tuhan, jika mereka melihatnya serta tahu tentang ia sebagaimana yang aku ketahui, pastilah mereka akan melakukan penganiayaan terhadapnya...."

Wallahu a'lam.

Tuesday, 1 November 2011

PENYELEWENGAN DALAM MLM

Perniagaan MLM kini merupakan satu bidang sangat menarik dan mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat hari ini dalam usaha untuk mencari pendapatan tambahan ataupun sebagai karier usahawan. Tidak hairanlah jika timbul pelbagai macam syarikat berbilang aras yang menawarkan pelbagai tawaran dan insentif untuk menarik orang ramai menjadi agen syarikat mereka.

Sebagai antara orang yang telah lama menceburkan diri dalam dunia keusahawanan MLM ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca khususnya ahli- ahli HPA dalam memilih sesebuah syarikat MLM.

Kita sedia maklum bahawa, industri jualan langsung ini sebenarnya tertakluk di bawah AJL (Akta Jualan Langsung) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Setiap syarikat mestilah mempunyai lesen AJL yang sah barulah dapat beroperasi sebagai sebuah syarikat MLM.  Sebelum kelulusan diberikan, sesebuah syarikat pemohon perlu memenuhi semua syarat yang telah termaktub dalam AJL. jadi, jika ada ahli syarikat jualan langsung yang datang berkempen kepada anda, mintalah salinan lesen AJL untuk dilihat dahulu.

Kebelakangan ini banyak syarikat yang menjalankan perniagaan mereka secara tidak sah. Mereka
mengemukakan alamat pejabat operasi yang tidak betul malah pemilik sebenar syarikat pun tidak diketahui. Mereka tidak berani mendedahkan maklumat atau identiti mereka yang sebenar kerana bimbang dikesan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya mereka berani pula melakukan aktiviti kempen dan promosi untuk mendapatkan ahli- ahli secara tidak sah dengan mengemukakan pakej insentif yang kelihatan sangat menarik. Sebenarnya tawaran ini hanyalah umpan semata-mata untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan dari segi undang-undang negara.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati dengan permainan syarikat seperti ini yang sebenarnya hanya bertujuan mencari keuntungan jangkamasa pendek. Pilihlah sesebuah syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan secara jujur. Antaranya, mempunyai kilang dan premisnya sendiri, melaksanakan sistem plan pemasaran yang diluluskan oleh pihak berkuasa serta mempunyai rekod dan reputasi yang baik. HPA memenuhi semua ciri-ciri ini. Sebab itulah pihak syarikat berjaya bertahan selama lebih 14 tahun dan baru sahaja mendapat penyambungan lesen AJL sehingga 2014. 

Kebanyakan mereka yang bersama syarikat-syarikat yang tidak sah ini sebenarnya adalah terdiri daripada 'Pelarian-pelarian MLM' yang melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Mereka tidak mempunyai sifat jati diri sebagai pemimpin yang jujur, beramanah, bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Mereka hanya hinggap sebentar di sesebuah syarikat jualan langsung umpama seekor pacat. Bila buncit dan kenyang mereka akan berlepas diri. 

Saya cukup kenal dengan ramai orang seperti ini. Karektor dan penampilan mereka kelihatan sangat menarik berbekalkan kata-kata yang manis untuk menarik orang menyertai skim perniagaan mereka. Mereka inilah yang kerap melaksanakan aktiviti yang dilarang dalam muamalat seperti penipuan, manipulasi dan memerangkap ahli mereka tanpa disedari. Pendek kata dalam perniagaan seperti ini tiada istilah perjuangan, tiada istilah kesetiaan dan tiada istilah pertanggungjawaban. 

Sebagai kesimpulannya, apakah ciri-ciri sebuah perniagaan MLM yang baik? Pertama, pilihlah sebuah syarikat yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan jauh. Kedua, syarikat yang mempunyai rekod yang baik dan sejarah yang panjang bukan syarikat 'mi segera'. Ketiga, pilihlah syarikat atau perniagaan yang boleh dijadikan pewarisan. Kita berniaga bukan untuk periuk nasi kita sendiri tetapi untuk membina masa depan generasi akan datang. Keempat, pilihlah syarikat yang mempunyai pengurusan yang mantap dan barisan pemimpin yang berwibawa. Semua ciri-ciri ini ada pada HPA, jadi tiada sebab lagi untuk kita tidak mahu meletakkan seluruh jasad dan jiwa raga kita bersama perjuangan yang murni ini. Memartabatkan Ekonomi Ummah, dan Perjuangan Produk halalan thoiyiban!!! 

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK JAYA!!!

PJM MURAD BIN ABU BAKAR
PRESIDEN PERJAWI DAN TIMBALAN PENGERUSI SKEMA
Sarjana Muda Ekonomi UM, MBA (MUAMALAH), KOLEJ Universiti Islam Antara Bangsa, Selangor.

Sunday, 16 October 2011

Tugas penaja atau upline selepas PKLP

Tahniah saya ucapkan kepada semua penggempur PKLP yang telah berjaya membawa rakan niaga ke program berkenaan. Semoga setiap usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil yang baik. Tahniah kepada mereka yang berjaya naik pangkat melalui PKLP ini.

Walaubagaimanapun, banyak gerakerja yang perlu dilakukan selepas tamatnya sesuatu program PKLP. Pemimpin atau upline tidak boleh berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan usaha yang dibuat. Mereka haruslah segera mengaturkan perancangan bersama rakan niaga bagi melakukan usaha pengembangan jaringan atau rangkaian. Oleh itu perbincangan bersama sangatlah penting. Adakan satu siri pertemuan dengan kumpulan dan berikan penerangan lanjut tentang perniagaan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Ramaiyang ada impian dan harapan tetapi mereka tidak memiliki mind set yang betul tentang bagaimana untuk mencapai impian mereka. Mereka hendak kepada pendapatan yang mudah tanpa sedikit pengorbanan dan tugasan yang perlu dilakukan. Pendek kata mereka hendak pendapatan yang banyak dan mudah tanpa perlu bekerja. Jadi leader kena beri kefahaman yang jelas tentang perkara ini. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

Graduan PKLP kenalah mengorak langkah untuk membuat penjualan. Mula mempromosikan kopi radix kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Mula menjadikan kopi Radix sebagai minuman harian menggantikan minuman lazim sebelum ini seperti milo, nescafe dan teh tarik.

Satu kelemahan ahli baru ialah mudah patah semangat apabila berhadapan dengan penolakan orang lain. Termasuklah apabila mula dipetsendakan oleh orang-orang terdekat. Mereka akan mula berhadapan dengan seribu macam cabaran dan halangan yang mula mengendurkan semangat perjuangan mereka. Akhirnya jadilah semangat mereka ibarat "hangat-hangat tahi ayam". Di sinilah letaknya peranan upline untuk sentiasa mengemudi keadaan ini dengan baik dengan sentiasa meniupkan semangat serta membantu jaringan dengan sungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

Biasanya duit adalah motivasi yang terbaik. Apabila pada bulan pertama leader berjaya membuatkan ahli barunya mendapat sejumlah bonus yang walaupun kecil ini akan menyuntik semangat dan keyakinan ahli baru untuk terus bekerja bagi mencapai impian mereka. Sentiasa menjadi pendorong yang baik, berikan pujian dan pemghargaan dan jadilah upline yang menjadi idola kebanggaan mereka. Insya Allah, apabila hubungan ukhuwwah bertambah kuat, maka ahli baru tersebut akan sentiasa menjadikan kita sebagai pemimpin yang benar-benar diyakini dan disanjungi.

Saturday, 15 October 2011

KELEBIHAN PUERARIA

1. Menyeimbangkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Menambahkan selera makan
5. Menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Memantapkan payudara.

1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.

2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.

3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.

4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.

5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.

6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.

KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA (VIGOR)

1. Meningkatkan aktiviti androgenik
2. Mengembalikan keremajaan
3. Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma
1. Tumbuhan herba Butea superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.

2. Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.

3. Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.

4. Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.

5. Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.

6. Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.

Thursday, 13 October 2011

5 TEKNIK PEMBINAAN JARINGAN

Formula pembinaan jaringan yang kukuh : formula 5 pembinaan

Bina kesedaran yang mendalam : kesedaran diri dan kesedaran org lain
Bina kemahuan yang kuat : kemahuan diri dan kemahuan org lain
Bina kefahaman yang jelas : kefahaman diri dan kefahaman org lain
Bina keyakinan yang tinggi: formula 7 Y
Bina gerak kerja berterusan ke arah kekuatan jualan peribadi dan kumpulan dengan sifat tekun dan istiqamah

Kesedaran yang mendalam
- sedar nasib diri dan keluarga 
- sedar nasib bangsa dan agama

Kemahuan yang kuat
- kemahuan untuk berubah
- kemahuan untuk menjadi agen perubahan
- kemahuan untuk menjadi penyelamat
- kemahuan untuk hidup berdikari
- kemahuan untuk berjaya

Kefahaman yang jelas
- untuk berjaya perlu ilmu, sabar dan pengorbanan
- fahami selok-belok perniagaan terutama MLM
- fahami profil syarikat, plan pemasaran dan produk
- ilmu motivasi dan keusahawanan

Keyakinan yang tinggi
- kalau seribu orang berjaya, salah seorangnya adalah aku.
- manusia tidak pernah terhalang oleh gunung yang tinggi, tetapi manusia sering kali terhalang oleh batu-batu yang kecil.
- gagal kali pertama adalah kebiasaan, ......

Sunday, 12 June 2011

BUDAYA FITNAH MAKIN BERLELUASA

Zaman IT ini mendorong kepada berleluasanya fitnah. Ramai yang ingin mengambil bahagian untuk menempatkan diri ke dalam neraka. Sudah semakin jelas bahawa apabila dikatakan petanda kiamat itu antaranya berleluasanya fitnah maka ramai penulis blog yang sengaja meracuni pemikiran masyarakat dengan kecerdikan tipu helah seperti dajjal.

Mereka mengemukakan hujah2 formula yang tidak bersangkut dengan dalil dan nas untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Ramai pula yang akan tersesat dan makin menyimpang daripada kebenaran akibat tindak tanduk mereka itu. Kerana sifat dengki, dendam kesumat dan atas agenda peribadi mereka menyerang orang lain dengan tidak tentu pasal. Pada hal semakin banyak mereka bercakap semakin terserlah kejahilannya di atas topik yang dia cuba bercakap.

Mereka menyangkakan segala sesuatu di dunia ini boleh dibuktikan dengan fakta sains dan matematik. Sedangkan Allah sudah menurunkan segala keterangan yang lengkap dalam Al-Quran sebagai rujukan. Sains itu punq sering berubah-ubah bila datangnya penemuan yang baru sedangkan kandungan Al-Quran tidak pernah berubah.

Mereka terpesona dengan kata-kata ahli Sains sekular yang mengatakan ada beberapa penyakit tiada ubatnya. Mereka orang Islam tapi tidak kenal hadis Nabi yang menyebut, setiap penyakit, ada ubatnya. Sebagai orang Islam jika tidak diketemukan ubat atau penawar sesuatu penyakit, maka katakalah ubatnya belum ditemui, bukan ubatnya tidak ada. Kesembuhan itu sendiri berlaku dengan izin Allah bukan atas keampuhan sesuatu ubat semata-mata. Yang penting mereka yang terlibat dalam bidang perubatan perlu bersikap ikhlas, benar dan jujur. Tidak menjadikan bidang ini untuk mencari kekayaan. Sebaliknya kekayaan itu Allah yang memberinya.

HERBA UNTUK LELAKI

Manusia semakin pendek usia disebabkan pemakanan dan lemah daya tahan akibat gaya hidup moden

Kaum lelaki diserang dengan pelbagai pykt dan kelemahan tubuh dan tenaga. Semakin ramai ibu yang menjadi janda dalam usia pertengahan umur dan anak 2 menjadi yatim dalam saat memerlukan asuhan dan sara hidup daripada siayah.

Sebaliknya ada pula siayah kini yang menjadi bebanan kepada keluarga akibat sakit lumpuh dan penyakit kronik. Siibu terpaksa keluar mencari rezeki meninggalkan sianak yang terpaksa menjaga siayah yang sakit. Ada juga suami yang sedang terlantar sakit ditinggalkan isteri ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Kenapa ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan kerana sikap kaum lelaki yang mengabaikan persoalan kesihatan tubuh sebaliknya terus meracuni dan melemahkan tubuh dengan cara pemakanan yang merosakkan dalam jangka masa pjg. Hidup sekadar untuk makan tanpa melihat keseimbangan pemakanan itu sendiri dan kandungan bahan kimianya. 

Kaum lelaki Melayu terkenal dengan sifat tidak ambil peduli dengan kesihatan, menganggap pembelian produk kesihatan sebagai pembaziran.. Hanya tunggu sakit baru nak berubat, dan bila berubat pula berjimat cermat dan tidak cukup dosnya dan akhirnya hendak kesembuhan yang cepat semata-mata. 

Jadi apakah amalan herba yang sesuai untuk lelaki?
Amalkanlah : habbatus saudak, minyak zaitun, Omega 3, Herba Radix, Malac dan Herba Tuju Angin.

FAKTA TENTANG HPA

Produk HPA diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
HPA telah dilantik sebagai panel perunding untuk membangun dan mengembangkan pendidikan perubatan herba oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
HPA berusaha melahirkan ribuan herbalis yang memberi khidmat rawatan alternatif kepada masyarakat.

THIBBUN NABAWI

Berubat Secara Sunnah

Panduan yang ditunjukkan Islam cuma ada dua:
1. Pemeliharaan kesihatan
2. Pencegahan penyakit

Pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan dua cara; 
1. agar tidak terkena penyakit bagi orang yang sihat
2. Agar penyakit tidak bertambah mudarat, ini dilakukan bagi orang yang sakit atau terkena penyakit. Ini dilakukan melalui proses pengubatan.

1. Setiap penyakit ada ubatnya
Hadis : Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit telah bertemu dengan ubatnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Agung. (Riwayat Muslim)

Hadis : Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali menurunkan pula penyembuh kepada penyakit tersebut. (riwayat Bukhari dan Muslim)

WUJUDKAH PEMAKSAAN JUALAN DLM SISTEM PEMASARAN HPA

Adakah berlaku pemaksaan jualan dalam perniagaan HPA.?

Pada hakikatnya, tidak sama sekali. Pada dasarnya untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya, seseorang penjual itu sendiri perlu meletakkan target jualannya sendiri. Seorang jurujual kereta contohnya, perlu menjual sekurang-kurang 10 buah kereta sebulan barulah dia dapat pendapatan yang kukuh dan menjadikan usahanya sebagai sebuah kerjaya tetap. Pendek kata bagi kerjaya seorang jurujual 'tiada jualan, tiadalah hasilnya.' 

Dalam hal ini, HPA tidak meletakkan paksaan ke atas ahli untuk membuat belian. Mana-mana ahli yang tidak membuat sebarang belian atau jualan sudah tentulah dengan sendirinya tiada pendapatan. 
Bagaimana syarikat hendak membayar atas usaha yang tidak dilakukan. Jika anda mengupah seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dengan syarat-syarat tertentu tetapi orang yang diupah tidak melaksanakan mengikut syarat yang ditetapkan adakah anda perlu membayarnya.

 Apa yang penting di sini kita harus melihat syarat - syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Adakah syarat-syarat tersebut membebankan atau tidak.  Dalam hal ini, banyak syarikat MLM yang meletakkan syarat yang sangat membebankan ahli-ahlinya sehingga menyebabkan berlakunya kezaliman dan pemerasan ke atas ahli dan pengguna. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Oleh itu mereka meletakkan syarat-syarat jualan yang sangat ketat dan membebankan. 

HPA meletakkan syarat belian ahli yang minimum dan cukup munasabah. Bagi ahli yang membuat belian minimum 50 NM sudah layak menerima bonus atas pembeliannya. Bagi mereka yang membuat belian minimum 100 NM pula layak menerima bonus hasil daripada jualan kumpulannya. HPA tidak mengamalkan syarat 'Personal Group Sales' seperti yang dilakukan oleh syarikat lain. 

Syarat kelayakan 'Personal Group Sales' inilah yang dikenalpasti menjadi bebanan besar kepada ahli-ahli syarikat MLM.  HPA hanya mengenakan syarat 'Personal Sales' yang rendah dan mudah.
Bagi mereka yang masih tidak faham dengan istilah-istilah ini boleh memohon penjelasan, bukanlah kutukan tanpa kefahaman yang jelas.

MENGENAL SISTEM MLM HPA. ADAKAH SAMA DENGAN SISTEM MLM KONVENSIONAL YANG LAIN

Pertamanya,jika anda ingin mengenal sistem perniagaan HPA sepenuhnya anda kenalah bersama dgn HPA, mengenal perjuangan HPA. Tidak berdaftar sebagai ahlipun tidak mengapa. Anda boleh hadiri program2 HPA. Untuk menentukan halal haramnya sesuatu sistem, anda kena rujuk kepada mereka yang pakar hukum agama, bukan kepada mereka yang pakar matematik sahaja. Anda kena faham hanya mereka yang arif dalam bab hukum sahaja boleh mengeluarkan hukum bukan ahli fizik atau math. Mereka boleh bagi pendapat tapi mereka bukannya arif dari sudut kaedah dan hukum Fiqh. Sebab itulah saya ambil langkah untuk belajar Master ilmu Fiqh Muamalat di KUIS. Hasil pengajian saya selama 2 tahun Alhamdulillah pemahaman saya semakin jelas. Dalam HPA ramai ahli terdiri daripada ustadz2 pengajian Azhar dan UIA termasuk lain2 tempat. Mereka tidak akan bersama jika ada keraguan.

Friday, 10 June 2011

Salam buat semua, saya akan mula mengisi blog saya ini dengan segala ilmu dan maklumat yang bermenafaat. Buat masa ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Insya Allah selepas ini blog ini akan memuatkan bahan2 yang berguna buat kita bersama.