Sunday, 12 June 2011

WUJUDKAH PEMAKSAAN JUALAN DLM SISTEM PEMASARAN HPA

Adakah berlaku pemaksaan jualan dalam perniagaan HPA.?

Pada hakikatnya, tidak sama sekali. Pada dasarnya untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya, seseorang penjual itu sendiri perlu meletakkan target jualannya sendiri. Seorang jurujual kereta contohnya, perlu menjual sekurang-kurang 10 buah kereta sebulan barulah dia dapat pendapatan yang kukuh dan menjadikan usahanya sebagai sebuah kerjaya tetap. Pendek kata bagi kerjaya seorang jurujual 'tiada jualan, tiadalah hasilnya.' 

Dalam hal ini, HPA tidak meletakkan paksaan ke atas ahli untuk membuat belian. Mana-mana ahli yang tidak membuat sebarang belian atau jualan sudah tentulah dengan sendirinya tiada pendapatan. 
Bagaimana syarikat hendak membayar atas usaha yang tidak dilakukan. Jika anda mengupah seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dengan syarat-syarat tertentu tetapi orang yang diupah tidak melaksanakan mengikut syarat yang ditetapkan adakah anda perlu membayarnya.

 Apa yang penting di sini kita harus melihat syarat - syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Adakah syarat-syarat tersebut membebankan atau tidak.  Dalam hal ini, banyak syarikat MLM yang meletakkan syarat yang sangat membebankan ahli-ahlinya sehingga menyebabkan berlakunya kezaliman dan pemerasan ke atas ahli dan pengguna. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Oleh itu mereka meletakkan syarat-syarat jualan yang sangat ketat dan membebankan. 

HPA meletakkan syarat belian ahli yang minimum dan cukup munasabah. Bagi ahli yang membuat belian minimum 50 NM sudah layak menerima bonus atas pembeliannya. Bagi mereka yang membuat belian minimum 100 NM pula layak menerima bonus hasil daripada jualan kumpulannya. HPA tidak mengamalkan syarat 'Personal Group Sales' seperti yang dilakukan oleh syarikat lain. 

Syarat kelayakan 'Personal Group Sales' inilah yang dikenalpasti menjadi bebanan besar kepada ahli-ahli syarikat MLM.  HPA hanya mengenakan syarat 'Personal Sales' yang rendah dan mudah.
Bagi mereka yang masih tidak faham dengan istilah-istilah ini boleh memohon penjelasan, bukanlah kutukan tanpa kefahaman yang jelas.

No comments:

Post a Comment