Wednesday, 6 February 2013
LIMA FORMULA KEJAYAAN SEBAGAI USAHAWAN PEMASARAN 1. Luaskan Networking perniagaan anda Bukan seberapa ramai yang anda kenal, tetapi seberapa ramai yang mengenali perniagaan anda. Networking berkembang melalui nama baik. Apabila ada nama baik bermakna wujud kepercayaan. Apabila wujud kepercayaan maka wujudkan rangkaian pelanggan tetap. Apabila wujud rangkaian pelanggan tetap bisnes anda akan terus hidup dan berkembang. Perlu menjadikan diri sebagai seorang ahli perniagaan yang mesra pengguna, jujur dan amanah, menepati janji, sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan. Pelanggan hanya akan membeli daripada mereka yang boleh dipercayai dan terus-menerus membeli jika mereka telah yakin akan nama baik perniagaan tersebut. Dua jenis networking 1. Networking pelanggan 2. Networking rakan niaga Anda boleh mengembangkan nerworking ini dengan cara menggiatkan aktiviti pemasaran secara aktif melalui strategi home party, temujanji individu, menyertai karnival jualan dan program kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam sistem MLM kaedah umum yang dipraktikkan secara berterusan ialah HADIRKAN DIRI DALAM PROGRAM SYARIKAT GUNAKAN PRODUK ANDA SENDIRI LAKUKAN PENJUALAN BERTERUSAN KEMBANGKAN JARINGAN RAKAN NIAGA MELALUI PENAJAAN BERIKAN KHIDMAT ANDA HASIL DARIPADA PENGALAMAN 2. Bina graf sasaran penjualan anda Bermula daripada 2000 nm dalam masa 3 bulan 5000 nm dalam masa 6 bulan 10 000 nm dalam masa setahun 30 000 nm dalam masa tiga tahun 100 000 nm dalam masa lima tahun Nilai mata ini bukan sahaja tumbuh hasil daripada penjualan tetapi berkembang hasil daripada perkembangan jaringan. 3. Kembangkan skil tertentu yang mampu menjana penjualan dan pendapatan sampingan anda Kemahiran diagnos dan kaunseling Kemahiran rawatan Kemahiran sinergi produk Kemahiran komunikasi Kemahiran penjualan dan penajaan Untuk mendapatkan semua skil tersebut dapatkan khidmat nasihat pakar dengan meminta nasihat secara kerap dan menyertai program kursus lanjutan. Kos untuk mendapatkan semua ilmu dan kemahiran tersebut hendaklah dianggap sebagai pelaburan bukannya belanja. Jika ianya dianggap sebagai belanja, bermakna anda tidak bersedia untuk kembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya anda menganggapnya sebagai satu pelaburan, ini bermakna anda sudah bersedia untuk kembangkan perniagaan anda bagi jangka masa panjang. Sekiranya anda sukar atau tidak mampu menguasai kemahiran tertentu, anda boleh menyerahkan atau berkongsi sesetengah kepakaran dengan pihak - pihak tertentu (outsourcing) melalui suatu bentuk usahasama dalam perniagaan 4. Gunakan sepenuhnya teknologi pemasaran terkini. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti keusahawanan diri dan menguasai bidang yang diceburi Teknologi terkini merupakan suatu hambatan dalam arus perniagaan masa kini. Jika anda sudah biasa menjual ikan keli yang biasa dijual dengan harga kilo anda juga harus berani belajar dan mencuba untuk menjual ikan arowana yang dijual secara seekor. Sekilo ikan keli harganya mungkin 6.00 dan keuntungan anda mungkin paling tinggi 2.00 Manakala seekor ikan kelisa mungkin 1000.00 dan keuntungan anda mungkin mencecah 400.00 seekor. Bayangkan hari ini, hampir apa jua perniagaan yang dijalankan pasti 99.99% daripadanya menggunakan medium pemasaran Facebook mahupun Twitter. 5. Dekatkan diri dengan idola anda Kita perlu dekatkan diri dengan orang yang lebih berjaya agar kejayaan dekat dengan diri kita Perhatikan dan amati bagaimana beliau boleh berjaya Sentiasa mencontohi sikap yang diamalkan idola anda Berazam kuat untuk mengikuti jejak langkah beliau Berlapang dada dengan setiap cabaran yang dihadapi. Setiap ujian pasti akan meningkatkan kualiti diri dan pencapaian.
CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN ISLAM 1. Mengharapkan akhirat - bersih hatinya 2. Akal yang kuat, pandangan yang tajam, ilmu yang luas - menghasilkan keputusan yang tepat 3. Berakhlak mulia - insan terpuji, suci hati dan jiwanya serta pemurah 4. Berani, bermaruah dan tidak melulu - berani kerana Allah bukannya berani menghentam tetapi takut untuk berhadapan. 5. Bersifat ihsan dan pemaaf 6. Bersifat as-siddiq dalam perkataan dan perbuatan 7. Berusaha menepati janji dan berpegang pada sumpah setia 8. Tawadhu' - tunduk dan patuh pada Allah. 9. Punya kesabaran yang cukup tinggi- sentiasa akur jalan dakwah itu cukup panjang, berat, penuh onak dan ranjau duri dan ujian hawa nafsu. 10. Memelihara diri daripada mengambil sesuatu yang bukan merupakan haknya. Tidak terbelenggu dengan sifat tamak dan sentiasa mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya sendiri. 11. Bersikap adil dan sentiasa berharap kepada petunjuk Allah. Menginsafi ketidasempurnaan dirinya. 12. Tidak mengharap pujian dan sanjungan manusia. Tidak pula mengungkit-ungkit segala jasa dan sumbangannya. Menjauhkan sifat suka memuji kelebihan diri sendiri. 13. Memiliki hati yang sejahtera - tidak bertindak balas secara melulu dengan umpat keji dan hinaan orang. Cuba mengelakkan permusuhan sesama sendiri 14. Keazaman yang tinggi serta sentiasa bertawakkal kepada Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)