Zaman IT ini mendorong kepada berleluasanya fitnah. Ramai yang ingin mengambil bahagian untuk menempatkan diri ke dalam neraka. Sudah semakin jelas bahawa apabila dikatakan petanda kiamat itu antaranya berleluasanya fitnah maka ramai penulis blog yang sengaja meracuni pemikiran masyarakat dengan kecerdikan tipu helah seperti dajjal.
Mereka mengemukakan hujah2 formula yang tidak bersangkut dengan dalil dan nas untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Ramai pula yang akan tersesat dan makin menyimpang daripada kebenaran akibat tindak tanduk mereka itu. Kerana sifat dengki, dendam kesumat dan atas agenda peribadi mereka menyerang orang lain dengan tidak tentu pasal. Pada hal semakin banyak mereka bercakap semakin terserlah kejahilannya di atas topik yang dia cuba bercakap.
Mereka menyangkakan segala sesuatu di dunia ini boleh dibuktikan dengan fakta sains dan matematik. Sedangkan Allah sudah menurunkan segala keterangan yang lengkap dalam Al-Quran sebagai rujukan. Sains itu punq sering berubah-ubah bila datangnya penemuan yang baru sedangkan kandungan Al-Quran tidak pernah berubah.
Mereka terpesona dengan kata-kata ahli Sains sekular yang mengatakan ada beberapa penyakit tiada ubatnya. Mereka orang Islam tapi tidak kenal hadis Nabi yang menyebut, setiap penyakit, ada ubatnya. Sebagai orang Islam jika tidak diketemukan ubat atau penawar sesuatu penyakit, maka katakalah ubatnya belum ditemui, bukan ubatnya tidak ada. Kesembuhan itu sendiri berlaku dengan izin Allah bukan atas keampuhan sesuatu ubat semata-mata. Yang penting mereka yang terlibat dalam bidang perubatan perlu bersikap ikhlas, benar dan jujur. Tidak menjadikan bidang ini untuk mencari kekayaan. Sebaliknya kekayaan itu Allah yang memberinya.
No comments:
Post a Comment